Saturday, November 19, 2011

안녕하세요 Seoul

Bismillahirrahmanirrahim...

Tonight I'm going to Korea!!
Please pray for me selamat pergi dan balik ye. ^__^

Dari pagi tadi lagi bedebar-debar je rasa. Jantung asek begerak laju. Cuak sesangattt >.< (sorang2 je dari KL sampai Korea dan xde orang antar sampai KLIA)
Ada la jugak perasaan tak nak pergi.hahak. Padahal dari dulu excited nak pegi Korea,bile dah ada peluang ada pulak perasaan tak nak pegi.keke

Berharap agar semuanya berjalan lancar, mudah mencari makanan di sana, senang solat and senang jumpa kawan!! Bab2 nak mencari kawan baru ni tersangatlahhhh lemahhhh. Harap2 masa training nanti ada la sesiapa yang sudi berkawan dengan aku. Dah la staff dari singapore and indon xde. Kalau tak ok la jugak kan. Dari satu rumpun yang sama.uhuk2 >.<

Ya Allah..permudahkanlah segala urusan dan perjalanan ku. Sesungguhnya hanya padaMu aku meletakkan sepenuh kebergantungan dan pengharapan. Lindungilah aku di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangMu.


Wednesday, November 16, 2011

Please show me the way

Bismillahirrahmanirrahim...

Sungguh ujian takde la seberat yang Allah uji Nabi saw and para sahabat..tapi otak rasa dah nak pecah pikir untuk buat decision yang tepat. @___@

Rezeki yang Allah bagi sepatutnya kena happy dan bersyukur tapi hati ni rasa lain pulak. Banyak pihak dah kte tanya mintak pendapat sume tapi still tak dapat jawapan yg dikehendaki. Munkin petunjuk dari Allah tu tak datang lagi kot. Harus lebih bersabar, doa dan tawakal mintak Dia bagi petunjuk yang betul.

Ya Allah please guide me. Berikanlah aku petunjuk dan keputusanMu yang terbaik untuk masa depanku dunia dan akhirat. Sesungguhnya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu. ㅠ____ㅠ

Ya Allah, tempatkanlah aku di tempat yang diberkati. Tempat yang dapat mendekatkan diriku padaMu dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan ku padaMu. Engkaulah sebaik-baik pemberi tempat.

Wednesday, September 28, 2011

Keserabutan Otak

Assalammualaikum...

안녕하세요 ^^v

Harini dan semalam kepala sangat serabut. Tetiba je rasa nak nanges tanpa sebarang sebab dan alasan. Kejadian yg sama berlaku macam last month.Pelik2. >.<

Tadi aku baca blog hamka and aku sangat suka ayat ni ("Tanya sama hati, apa asal sayang, adakah tandanya, nampak dipandang…"). Tak tau la nape.haha.pastu dr tadi dok nyanyi lagu ni..try baca entry dia..mula2 gelak syok je.lepastu dah nak abes baca gedebuk tersentap skejap. ㅠ__ㅠ

Hurmm semalam aku ada buat satu keputusan yg besar dalam hidup. Semoga keputusan tu adalah ilham dari Allah. Sesungguhnya Dia yg mengetahui apa yg bakal berlaku dlm hidup aku pada masa akan datang dan sekarang. Harap2 keputusan itu adalah yg terbaik. Takot sbenarnya kalau2 salah buat decision..

"Setiap keputusan kite sume Allah akan guide, Setiap gerak geri, tingkah laku and percakapan sume Allah yg ilhamkan and terjadi dengan izinnya"-sahabat

after dapat nasihat ni la aku pikior banyak kali and harap keputusan yg dibuat adalah ilham dr Allah dan tiada gangguan syaitan.

p/s: esok ak n rakan2 p medan.doakan keselamatan dan kesejahteraan ktorg ye.slamat pegi dan pulang. ^^v
p/s/s: Ya Allah kuatkan hatiku dan hilangkan segala kecelaruan dalam fikiranku.Sesungguhnya Engkau maha memberi kekuatan. ㅠ__ㅠ


Thursday, September 22, 2011

Excited di pagi hari

Assalammualaikum warahmatullah..

안녕하세요...

Harini sangat excited bile dapat emel dari bos. Emel yang dah lama aku nanti2 kan sejak aku join KE..nak tau apa emel tu..jeng3.sile la baca emel ni ye..
btw,kalau korang rasa ada kesalahan grammar or apa2 kesalahan ayat dlm emel tu just ignore ye..ㅋㅋㅋ

Dear David & Wani

I am glad that I can make a good opportunity for you faster than I expected.

It is a Korean Air New staff orientation program at Korea.

I have already applied you to HQ and it will be accepted even though limited seat available.

It will be held on coming Nov & Dec for about one week in Korea

I hope that it gives you great time and make good friendship with other new staffs

I will let you know after getting confirmation of entry , date , program.

Hah!inilah emel yg aku nantikan stat dari aku keje. Padahal tarikh tak confirm lagi ye dak.tetiba nnt tak jadi buat down and kechewa je..tapi xpela yg penting peluang tu dah ada..sekarang ni banyakkan la berdoa supaya betol2 jadi..maka dapat la jumpa cik shaqifah kat korea nanti..

Pada sume yang membaca,sile la doa untuk aku skali supaya betol2 dapat p OJT kat korea.
Ekceli risau gak,sebab aku sorang2 je. Dah la tak kenal sesapa tetiba kena antar sorang g sana. Cane la nak OJT slama seminggu tanpa kenalan. Tapi xpe,nanti kat sana cari kawan. Hope Allah permudahkan semuanya..ditemukan dengan orang2 baik,dipermudahkan perjalanan and paling penting skali makan dan tempat solat.keke.

p/s: harap2 dpt p bulan november sbb masa tu belom salji lg rasanya.

Thursday, August 25, 2011

Nak Balik Kampung!

Bole tak nak hari sabtu cepat2. >.<
Dah lama xcuti lama. Bosan sudah tinggal di KL
Okebai~

p/s: sepanjang bulan pose ni berat badan dah turun 4 kg.alhamdulillah~~

Tuesday, August 23, 2011

Mari Rebut Lailatul Qadar!

Assalammualaikum warahmatullah..

Salaam satu imaan. Amacam dengan iman kita pada hari ke 24 Ramadhan ni..semakin meningkat kah, menurun kah atau mendatar kah..inshaAllah semoga kita dapat mencapai tahap taqwa yang sebenar-benarnya di bulan Ramadhan ini.

Oh ye!nak update siket. RAG and ROG dah approve cuti aku!!wohaaa.syukur alhamdulillah~~

Ok! Mari kita cakap pasai Malam Al-Qadr siket.

Sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w;"Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir pada malam2 ganjil" (HR Bukhari Muslim).

Malam2 ganjil yang dimaksudkan dalam hadith di atas ialah malam 21, 23, 25, 27, 29..tapi disebabkan malam Al-Qadr ini ialah rahsia Allah tiada seorang pon tahu bila hari yang sebenarnya. Maka kita semua dianjurkan untuk beriktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan.

Antara tanda-tanda Lailatul Qadar ni ialah:

menurut riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”.

selain itu riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

Antara amalan2 yg mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca al-quran,berdoa dan berzikir.

Dalam sebuah hadith drp Aishah r.a. berkata; ``Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba- Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Makanya marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan di saat-saat terakhir Ramadhan sebelum ia berakhir. Hanya tinggal 6 hari je lagi sebelum Ramadhan kali ini meninggalkan kita. Tahun depan dapat bertemu lagi atau tidak hanya Allah yg mengetahui. Oleh itu marilah kita gunakan kesempatan yg ada ini untuk memperbanyakkan amalan dengan bersungguh-sungguh. Rugilah mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan
keredhaan Allah s.w.t..


p/s: dari 20hb sampai harini siang asek hujan je..adakah masih ada lagi lailatul qadar untuk kita rebut dan kejar..Wallahu A’lam.

Saturday, August 20, 2011

Cepatlah Hari Isnin!! >.<'''

Assalammualaikum warahmatullah~~

Hah! Mesti pelikkan nape tetiba aku nak cepat2 hari Isnin. Apa kehal nyela budak ni nak cepat2 hari isnin. Selalunya orang2 bekerja ni paling xsuka hari Isnin tapi aku pulak gedik nak Isnin datang cepat.

Sebabnya..pagi2 nnt bile sampai je office teros aku nak serang bos and tanya kenapa sampai sekarang cuti raya aku tak approve lagik! >.<

Sangat tak tenang dan tenteram kehidupan aku dkt rumah memikirkan cuti sampai sekarang tak approve. Dah la cuti raya nnt time monthly closing. Memang saje bos xnak approve sampai sekarang. Nak buat aku cuak ke bosss!!

Dah la bos xapprove cuti, then acc pulak masalah. Branch India suka sangat buat probs time2 nak closing ni. If next week acc still xbalance nampak gayanya macam cuti aku xapprove jekk. tapi tiket bas dah beli dowh. Cane ni cane ni.. bole ke kalau nak balik je walaupon x dapat cuti..nanti call bos ckp MC or EL je. aci dak?

Stress sunggoh wiken ni bile tetiba teringat cuti xapprove and account yg xbalance tu. cepat la Isnin!!

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalammualaikum warahmatullah..

Salaam satu iman. Macam mana dengan iman kita sume. Hope dah 20 hari berpuasa ni iman sentiasa meningkat la gamaknya. Kalau rasa2 macam dah nak tergelincir iman tu cepat2 la bukak al-quran and baca ye. Aku pon 2 3 harini rasa macam dah nak tegelincir siket,tapi kalau dah rasa macam tu cepat2 la istighfar and ingat Allah. Bulan Ramadhan ni kalau x banyak buat ibadat rugi sangat2. 1 amalan sunat ganjarannya Allah bagi sama macam 1 amalan fardhu and 1 amalan fardhu ganjarannya 70 pahala. Subhanallah memang Allah tu Maha Pemurah dan sayangkan hamba2Nya. Buat baik siket pon dapat ganjaran. Semoga kita semua beroleh taqwa dan pengampunan daripadaNya. InshaAllah.

Bila masuk je 10 malam terakhir ni, banyak la orang update2 status dekat fb. So kat sini aku nak share siket status2 yg best2..harap2 orang yg aku copy paste ni xmarah la gamaknya..

"moga amalan mencari keberkatan Allah yg dilaksanakan dlam bulan ramadhan ni berkekalan ke bulan2 yg laen juga..amin!" - capot

- inshaAllah walaupon Ramadhan dah habes kita tetap akan istiqamah pada bulan2 selepas ni. Jangan la habes je ramadhan terus hilang ibadat2 yg dah kita training selama sebulan ni.

"10 malam terakhir.The final countdown,the most awaited night.All the best and may u find what u looking for,Insya' Allah" - zafran

"10 nights of Ramadan left..May Allah bless us All..Instead of waiting for Lailatul-Qadar, let's do hunting from tonight!" - hafreiz

- yeahh..takkan nak tunggu bola datang begolek je ye dak. mari sama2 usaha bangun malam untuk mencari malam yg penuh keberkatan.kurangkan tido,banyakkan ibdat! ^^

"Maka secara rasminya kita telah memasuki fasa TERAKHIR di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh barakah ini. Fasa terakhir ini sangatlah penting kerana fasa pembebasan dari api neraka dan yang paling penting kemungkinan juga akan bertemu dengan LAILATULQADAR. Insya Allah...... andailah ini Ramadhan terakhir buat kita?" - abi aiman

"10 malam terakhir Ramadhan!dh tiba masa utk tingkatkn pesta ibadah & kurgkn pesta juadah...moga kita dipilih utk menemui Lailatulqadar,inshAllah:)" - hazimah

"Sempena 10 malam Ramadhan terakhir yang bakal menjelang,marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah swt,Insya Allah. Janganlah menyibukkan diri kita dengan persiapan Aidilfitri yang melampaui batas sedangkan Ramadhan kita masih belum pasti kemenangannya. Sama2 kita renungkan prioriti kita sebagai HAMBA Allah swt,bukan hamba dunia." - sham kamikaze

"10 mlm terakhir.singkaplah tabir kurangkan tidur.smoga bertemu mlm dicari" - hafizudin

"Ibu ayah- Siang hari gigih mencari rezeki, kala malam masjid di'ziarahi', kala dinihari bangun mencari redha Ilahi. :') *dan anak2, bisakah sekental itu? -InsyaAllah, andai itu qudwah yg dipamer untuk kami :)" - nazihah

Sekian saje update2 status yg dijumpai di fb. Marilah bertungkus lumus mendapatkan lailatul qadar. May Allah bless us with jannah. Diri bersih daripada dosa seperti bayi baru dilahirkan dan agar dapat bertemu Rasulullah s.a.w di syurga nanti. inshaAllah.


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)” [Al-Baqarah 2: 186]

Friday, August 19, 2011

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah bersyukur sangat2 pada Allah tuhan Yang Maha Esa.

Pada 16/8 tengah sibuk2 membizikan diri menyiapkan kerja-kerja office, tiba-tiba dapat satu panggilan daripada number yg tak dikenali. Lepas bagi salaam and jawab salaam dengan pemanggil tu,then beliao tanya; "Awak ada bukak email..esok boleh datang interview tak". Sangat terkejut masa tu tetiba je beliao tanya boleh datang interview ke dak. Udah le dah lama tak bukak email. Then cepat-cepat la tanya dia interview apa sume..rupa-rupanya dapat interview dekat TNB Bangsar as System Analyst. Masa tu mmg bersyukur sangat dekat Allah. Walaupon hanya interview tapi Dia bagi jugak aku merasa yg TNB ni nampak resume aku.keke.

Then after tu cepat2 bukak email yg dah lama xbukak tu..tengok2 ada jugak panggilan exam dr PTD 10/9 nnt..masa tu sungguh la rasakan mmg Allah bg hadiah sempena Ramadhan tahun ni..walaupun hanya interview dan xtau lagi lepas ke tak tapi aku dah cukop gembira.

Lepas2 ni biarlah Allah yg tentukan samaada dapat or tak.Semoga Allah berikan keputusan yg terbaik. Keputusan yg mana kerja tu nnt lebih mendekatkan aku padaNya..menambahkan lagi tahap iman, taqwa and kehambaan aku pada Dia. Kalau kerja tu hanya membuatkan aku jauh dari Allah,mmg aku doa biar la gagal je interview tu.

Allah lebeh mengetahui apa yg akan berlaku lepas ni. So tawakal dan berdoa je padaNya agar mendapat yg terbaik untuk sekarang dan akan datang. Letakkan sepenuh sandaran padaNya supaya lepas ni if gagal xde la rasa depress sangat ye dak.

keep praying semoga Allah berikan yg terbaik untuk kita..kpd yg membaca please pray for me. ^^

(2:186) "Dan apabila hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku. Maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"

dan selain berdoa kita mestilah bertawakkal sepanjang masa

(9:129) "..Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"

kalau gagal dalam interview ni jangan la putus asa ye 자와니 씨..bersabar dan teruskan usaha

(12:87) ".. Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."


(29:10) "Dan di antara manusia ada sebagian yang berkata 'kami beriman kepada Allah', tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap ujian manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata 'sesungguhnya kami bersama kamu'. Bukankah Allah mengetahui apa yang ada di dada semua manusia?"